Tuesday, February 10, 2009

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2009

Pada 6 Februari lalu, satu majlis perlantikan pengawas telah diadakan di padang perhimpunan sekolah. Seramai 25 orang pengawas telah dipilih sebagai pengawas sekolah pada tahun ini. Badan pengawas sekolah ini telah diketuai oleh adik Abdul Fatah Wahab dan dibantu oleh Adik Azimah Mustapha. Guru pengawas sekolah bagi sesi kali ini diamanahkan kepada Cikgu Hamidon Jemian.








Wednesday, February 4, 2009

PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BESTARI

Perkembangan ICT dan teknologi komputer kini pesat membangun. Terdapat banyak kemudahan ICT di sekolah SK Lepar Hilir 2. Pihak sekolah telah melancarkan program pengajaran dan pembelajaran bestari bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
untuk murid. Antara program yang telah dan akan dirancang adalah
1) Latihan hands on kepada staf dan guru menggunakan LCD dalam pengajaran
2) Pelabelan dan penyimpanan alatan ICT seperti komponen LCD secara sistematik
3) Kursus dalaman pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kepada
guru dan staf sokongan yang terlibat
4) Kursus komputer (BAIKOM) bagi murid khususnya tahun 4,5 dan 6
5) Program rintis PBK (PRO-LEARN 5) bagi murid terpilih tahun 5 sahaja

Diharap program-program yang telah dirancang dan telah dijalankan akan berterusan

"Memperkaya pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi ICT"

Thursday, January 29, 2009






Majlis Sambutan Hari Assyura

Pada 27 Januari baru-baru ini SK Lepar Hilir 2 telah mengadakan majlis sambutan hari As-syura yang telah diadakan di kantin sekolah. Dalam majlis tersebut, masyarakat Felda dan guru-guru telah turut serta membuat bubur assyura. Bubur as-syura yang telah di masak telah diagih-agihkan kepada murid, ibu bapa yang hadir dan para guru.Majlis ini telah mandapat sambutan ibu bapa dan masyarakat Felda Lepar Hilir 2.






Monday, January 5, 2009

Berdoalah agar sejahtera Palestin

Sehingga ini, hampir seramai 500 orang penduduk palestin telah menjadi korban pencerobohan tentera-tentera zionis dan bom roket yang telah dilancarkan ke petempatan awam penduduk palestin di semenanjung gaza yang di dakwa menjadi kubu kuat pejuang Hamas. Malangnya, antara mangsa kekejaman terbaru Israel adalah termasuk kanak-kanak dan kaum wanita yang lemah. Tentera darat israel terus menuju ke semenanjung Gaza bagi mencari pejuang-pejuang Hamas.
Yang pasti mereka akan tetap menjadikan bumi palestin sebagai "lauk" meratah segenap nyawa yang masih mempertahankan bumi Quds.saksikan video dalam pautan video tube dalam blog ini.

Thursday, January 1, 2009

Guru SK Lepar Hilir 2 Sessi 2009



En Ahmad b Saad / Megat b Saad /Pn Asiha
Guru Besar / Guru Penolong Kanan 1 /GPK Kokurikulum




Ahmad Hamiedon Jimian / Azhar b Yahya / Zukiman Ismail
Guru Data & Guru BM / Guru Media & Guru BM /s.u sukan & Guru sains


Khafizan Bahar/ Faridah Embong / Rosnaini Khidr
Penyelaras ICT & Guru P. Islam /Guru Sains & makmal komputer / Guru Pemulihan
Kancil7172@yahoo.com / ferrydah@yahoo.com



Posted by Picasa