PROGRAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BESTARI Perkembangan ICT dan teknologi komputer kini pesat membangun. Terdapat banyak kemudahan ICT di sekolah SK Lepar Hilir 2. Pihak sekolah telah melancarkan program pengajaran dan pembelajaran bestari bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
untuk murid. Antara program yang telah dan akan dirancang adalah
1) Latihan hands on kepada staf dan guru menggunakan LCD dalam pengajaran
2) Pelabelan dan penyimpanan alatan ICT seperti komponen LCD secara sistematik
3) Kursus dalaman pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kepada
guru dan staf sokongan yang terlibat
4) Kursus komputer (BAIKOM) bagi murid khususnya tahun 4,5 dan 6
5) Program rintis PBK (PRO-LEARN 5) bagi murid terpilih tahun 5 sahaja
Diharap program-program yang telah dirancang dan telah dijalankan akan berterusan
"Memperkaya pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi ICT"